PeLiTa HaTi

ya ALLAH dalam aku mencari CINTA AGUNGMU aku diuji Ya ALLAH....BERIKANLAH AKU JALAN YG LURUS

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

HAMBA ALLAH

Rendahkanlah dirimu....tapi jangan sampai islam direndahkan
carilah ilmu...tapi jangan sampai tersalah sumber
berjalanlah kemana sahaja....hindari tempat yang mengundang dosa
bercakaplah..jika perlu...diamlah jika perlu....
berhujahlah jika tepat...dan sahih..
wahai telinga yang mendengar mulut berkata....
wahai hati ladang segalanya...mari kita sujud kepada ALLAH
Friday, December 3, 2010
Posted by pelita hati

semalam balik ke rumah.....
hari rabu untill jumaat
tapi ada peristiwa sedih lagi...ada 2 ekor kitten yang berburai ditepi jalan menunggu kehadiranku.....dilanggar kereta kot...comel...2 ekor tu dua2 warna putih.....dekat jer dorang....sedih tak terkata......sampai kat rumah semua dah tidor............kur...........

Monday, November 29, 2010
Posted by pelita hati

AKU SAYANG PADANYA YA ALLAH....

hati yang genbira dan bersyukur mendapatnya
mungkin kali ini perlu berdepan dengan kehilangan..dimana nak dicari power itu?

sedang para sahabat yang istimewa juga ada SAIDINA ABU BAKAR...layakkah aku mendapat kasih sayang daripada insan yang aku sayangi.....

hati terasa pedih dalam lakonan yang tak mampu ingin aku galas lagi...hanya ALLAH tampat aku mengadu.....aku tak mampu

kebenaran yang tersimpan tak mampu aku suratkan..aku teraniaya ya ALLAh tapi tangan aku tak mampu membetulkannya......

nilailah setiap yang hadir sahabat dan teman kerana tanpa nilaian kita munkin termakan racun yang membunuh secara senyap.

munkin bersahaja bagi kta tapi sakit dan pedih bagi orang lain

ya ALLAH BANTULAH SAYA

Sunday, November 14, 2010

Yahudi Di Kuala Lumpur

Posted by pelita hati
Saturday, November 6, 2010
Posted by pelita hati

Friday, November 5, 2010
Posted by pelita hati

hasil tangan akila,naimah and ayu....:-)
kalau sebelumni.......namoak buruk tapi hasil tangan kami jadi kreatif.....huhu...best,esok konvo anak2 dz......malam ni kami konvoi dulu....buat keje same2 best....

Monday, November 1, 2010
Posted by pelita hati

salam...

1/11/2010

dah genap adek kak ayu umurnya 16 tahun...terasa masa terlampau cepat berlalu...

hari ni suasana macam biasa hingar bingar dengan hiruk pikuk anak2 di dzuliman...

cuma ada luahan yang ingin dikongsikan bersama dengan pembaca mungkin.....

entahlah...kakiku sentiasa terbawa ke arah macam ni walau pun kadang2 pelik gak...jenuh dah aku rasa cam nak lari skit jer dari kehidupan yang orang kater skema, baik tapi kenapa ALLAH selalu sangat hantar aku kawan2 yang baik..

hehe....

hidup aku simple...
kawan baik susah dicari.aku selalu sahaja sendiri....cuma yang selalu keep in touch,kak ana

hamba ALLAH yang sangat aku sayangi sebab dari awal pertemuan sampailah ke hari ni...terasa keikhlasannya bersahabat dengan ku....sentiasa memahami aku walau pun aku di dalam senang dan apatah lagi susah

pernah aku masuk jemaah dot dot dot yang diharamkan kerajaan malaysia...but,aku no komen.....tapi kak ana tak pernah biarkan aku....aku susah pon dia cuba bantu...malunyer dengan orang yang baik macam dier...

aku anak yang ke 8 daripada 11 adik beradik....ada pendapat kater aku ni unsur angin.......baran ke ek? ntah lah aku pun xtau.....

ada sesuatu yang hilang dalam hidupku yang tak mungkin kutemu lagi...

hehe...celarulah plak...

hem....

pening skit lah dengan kerje2 yang mendatang.....
harap ALLAH lancarkan...
kadang2 terpaksa aku sembunyikan kesedihan supaya orang gembira..
kadang2 aku merintih mencari ketenangan...
tak pasti tenangkah aku ni...
apa pun aku tahu pasti ada hikmah disebalik yang terjadi
aku bersyukur dengan semua kurniaan Ilahi.....

kelas ambitious yang aku ajar penuh hilai tawa dan angin ribut...haha
selalu lah aku pancing anak2 ni dengan video palestin supaya dorang duduk diam..hehe..kejam!

kadang2 terover gak dengan tindakan sebab dorang over act...
selalu membidas diri sendiri..
mungkin dorang nakal sebab dosa2 aku kot...pastu terdiam...

kak ana ada ajar, dia kata pegang hati, baca YA LATIF...banyak2 kali...jom praktikkan.....

:)

Saturday, October 30, 2010
Posted by pelita hati

semua orang ada hak
diri kita SENDIRI ada hak untuk orang lain

em...semalam bersembang dengan sorang kakak saya,we are talking about jemaah in Malaysia

1) kenapa orang jemaah ni suka kawen dengan orang jemaah jer?
2) kenapa ukhwah orang jemaah hanya hebat sesama sendiri?
3) macam mane nak kembangkan ilmu? kalau dah ruang lingkupnye situ jer?

adoi mula2 pening gak nak jawab......

pastu positive jelah....senang untuk perjuangan kot kak.....hehehe

= sesama fikrah
= masih belum sempurna
= Bismillahitawakkal tu Allallah

ENTAH LAH HARI NI RASA SUNYI....WALAU DAH PASANG MUZIK..HEHE

jauh dari ALLAH kot...teringat artikel ni,

PUNCA-PUNCA kesedihan -
jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah ‘hati’. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri.

Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya? Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkai penyebab kesedihan itu.

Akhirnya ditemukan jawapan punca kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu;Suka membuang masa.

Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan menjadikannya lebih bertenaga, tetapi apabila terlalu berlebihan ia boleh membunuh.
Orang mukmin membahagikan masanya kepada tiga bahagian, iaitu;

Pertama untuk Allah SWT;

kedua untuk dirinya sendiri yang meliputi fikiran, perasaan dan tubuh badannya dan

ketiga untuk keluarga dan umatnya. Sikap membuang masa biasanya dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar daripada pergaulan. Berkawan rapat dengan orang yang suka membaca boleh mempengaruhi minat kita kepada buku, begitu juga bila suka iktikaf di masjid mendengarkan syarahan agama akan menjadikan kita dekat dengan ilmu.

Kita sentiasa berhadapan dengan dua pilihan dalam hidup ini, jalan baik atau yang buruk. Kawan yang jahil atau soleh, situasi mengingatkan kita pada Allah atau melupakannya. Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Seorang mukmin yang benar imannya sentiasa berada dalam situasi jihad iaitu bersungguh-sungguh mengisi masanya dengan perjuangan dan pengorbanan untuk memenangi pertarungan melawan iblis dan syaitan.

Kesedihan juga berpunca daripada sifat dengki dan mengikut nafsu. Ada orang berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannya. Lebih berjaya, kaya, berpangkat, cantik dan bergaya. Risau dan tertekan bersarang di hati, ditambah dengan sifat dengki dan dendam yang pasti akan memalapkan cahaya iman.

Ubat bagi kesedihan sebegini adalah dengan melihat siapa yang berada di bawah anda. Bukankah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari ini? Rumah mereka musnah oleh banjir dan badai, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang.
Mengapa perlu bersedih jika kita masih memiliki orang yang tersayang, mengapa risau jika harta kita dilindungi Allah SWT, jika ia berkurangan bukankah selama ini Allah memberi jumlah yang banyak tak terhitung? Semenjak dari rahim ibu lagi rezeki sudah dikurniakan kepada kita. Sudikah kita jika seseorang mahu menukar kedua mata, kaki dan tangan kita dengan wang berjuta? Tentu ia lebih berharga daripada wang. Kenikmatan yang Allah kurniakan itu terlalu banyak, tetapi hanya sedikit manusia yang mahu bersyukur.

Kesedihan kerana melupakan Allah. Bagaimanakah keadaan orang yang melupakan Allah? Dalam surah Al-Hasyr ayat 19 Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.”

Makna melupakan diri mereka sendiri adalah mereka meninggalkan amal soleh yang boleh menyelamatkan diri mereka di dunia dan akhirat. Orang yang melupakan Allah SWT mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

Hari dilalui tanpa ibadat, lupa berzikir, mengabaikan sembahyang, tidak membaca ayat al-Quran, menjauhi ilmu dan meninggalkan amal soleh. Kehidupan dunia menjadikan mereka buta, tidak dapat menjejaki jalan ke akhirat. Keadaan mereka seperti binatang kerana mereka hidup semata-mata untuk makan, minum, tidur, berkahwin dan memuaskan nafsu saja.
Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia, mereka memiliki hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’raf: 179).


Benarkah orang yang kaya tidak berasa sedih, putus asa dan tertekan? Sebenarnya, ia bergantung kepada sumber hartanya dan untuk apa ia dibelanjakan. Kekayaan yang sebenar adalah kaya hati. Iaitu hati yang sentiasa bergembira kerana iman kepada Allah dan bersyukur serta reda dengan qada dan qadar-Nya…

semakin jauh ku melangkah pergi,
semakin kau hadir menemani...
jika diberi emas permata
jika diberi ilmu didada
rumah banglo 2 3 tingkat
kereta mewah
anak2 yang comel dan mengikut kata

dimana ertinya iman didada
dengan ujian ALLAH memberi kasihnya
dengan air mata didunia terbalas selimut syurga

jenuh berlari mencari sahabat yang setia
suami tercinta
kekasih pautan hati

akhirnya ke TANAH juga

:-(
:-)

Posted by pelita hati

hahaha......disinilah kasihku tertumpah....

seronok melayan kerenah anak2 di dzuliman....walau kadang2 angin satu badan...

Posted by pelita hati

maaf lah sahabat2..lamernyer tak touch dalam page saya ni...........akan diusahakan...terlampau lengah dengan yang tak sepatutnyer...maaf....... :-(

Posted by pelita hati

SUBHANALLAH.....

ASSALAMUALAIKUM WBT

setelah lama tidak menaip di laman ini...terasa rindu pula...

sekarang kaki ku melangkah terus mencari erti hidup dan survival servant di bumi Allah....ern...,dah di shah alam pun....dengarnya ada lec saya yang nak ke tanah suci.....hebatnya ALLAH.....

rasa hati hari ini kupanjatkan impian kakai untuk memijak bumi mesir....al-azhar...apakah tercapai...amin......erm..nak sambung buat kerja dah...kerja cari sendiri

Wednesday, June 16, 2010
Posted by pelita hati

semua manusia mempunyai ceritanya yang tersendiri......
semua ruang sudahpun tersedia dengan jalan-jalan yang mungkin menjadi loron dalam kehidupan.....
penat lelah semakin sesak....
ketawa hanya berperasaan seketika...
rumahku dimana kakiku terhenti...
namun ALLAH maha kuasa dan baik kerana aku tidak pernah sempit....
semaki jauh aku pergi...aku terputar sendiri
pada waktu aku belum mengenal dunia yang waktu itu, aku masih lagi ketawa dalam perasaan yang ikhlas.....bagi aku, kasih sayang hanya satu perasaan yang wujud antara Pencipta dan yang dicipta....antara yang ikhlas dan penerima.....bagiku, setelah kematian DIA, tiada lagi hati ketawa bagi diriku....semuanya samarata kerana aku tidak pernah rasa ikhlas dalam setiap yang mereka buat dan kadang2 aku pun tak boleh nak ikhlas....hatiku keras membatu......

Friday, June 11, 2010

kakiku berlumpur

Posted by pelita hati

jauh perjalanan mungkin aku telah terjah seusia ini...
bila ku pandang ke hadapan,terasa impian yang menggunung...apabila aku memandang lagi..teringat kisah hidupku yang amat mempengaruhi aku sebelum ni.....

wahai sahabat yang pernah sepertiku dahulu...
ketahuilah masih besar ruang lingkup hidup ini untuk kita kaji sebagai khalifah ALLAH...
jangan dibutakan mata dan jangan di sesakkan kaki melangkah kerana fanatiknya terhadap sesuatu...sedangkan zaman Rasulullah dahulu pun orang berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mwembela diri dan agama......takkan pernah kaki umat Muhammad ini kaku di suatu tempat yang tak bisa ada penghijrahan kerana Nabi kita sendiri berhijrah.....

luahan hati dari sudut yang jauh...manusia cepat dipengaruhi dengan k,sayang...ya aku pun memerlukannya tapi k.sayang ALLAH paling ku danmba saat ini......sebelum terpejam...kudoakan...hampirilah aku wahai sang kebahagiaan....

Saturday, April 17, 2010
Posted by pelita hati

Hidup…kosong
Pergelutan mencari sinar
Bosan menanti…
Lemah dan terbiar…
Cuba bersembunyi disebalik tawa
Tapi bila sendiri
Menangis….
Sendiri
Selalu dan tersangat selalu
Apa yang ada…..
Kenangan yg tak mungkin terpadam……

Saturday, April 10, 2010
Posted by pelita hati

disinilah kawan setiaku...sedia untuk ku penuhi dengan cerita-cerita yang sangat memenatkan....
YA ALLAH...aku sudah penat menangis kerana menagih kasih dari manusia
sudah tidak terdaya lg Y ALLAH
bukan aku berputus asa YA ALLAh tp aku meluahkan...
manusia tidak adil....
senangnyer aku dibuang dan disisihkan kerana cerita hitamku
namun YA ALLAH aku yakin Engkaulah pemberi dan punca kekuatan ku
aku lemah YA ALLAH....
manusia suka mengambil kesempatan atas kelemahanku YA ALLAH
aku yakin ENGKAU nampak dan tahu...

Posted by pelita hati


Posted by pelita hati

hatiku...tempat bercucuk tanam
bagai kolam
tenang nyamannya
hatiku
bagaikan sebidang tanah

Thursday, March 25, 2010
Posted by pelita hati

Jiwa mekar cinta islam

Ya ALLAH…bantulah kami
Kami sedar akan agenda menjatuhkan RASULMU
Kami sedar agenda merebut tahta kuasa mu
Kami sedar kami islam
Tapi ya ALLAH
Kami duselimut nafsu yg tebal
Ya…ya….
Kami berjuang
Kami berpesatuan tapi
Kami tidak mampu melawa nafsu
Kami tak tahan melihat orang lain maju
Kami ingin maju juga
Ingin nama
Ya ALLAH
Bagaimanakah caranya ya ALLAH
Hati ini cinta kepada MU tapi kami cinta juga kepada dunia MU
Kami gadaikan masa membaca buku2 ilmu
Kami tinggalkan sirah2 perjuangan mengagungkan MU
Kami kaji undang2 manusia yg dicipta manusia
Kami tonggalkan syariatMU
Kami kaji ekonomi yg dicipta manusia
Kami tinggalkan muamalatMU
Kami tak sanggup lapar kerana ingin membantu orang lain
Kerana kami juga tak cukup
Begitu kami lupa akan janji MU
Kami lupa ALLAH mampu mencukupkan segala-galanya
Kami makan sehari2
Kami suap mulut kami tapi jiran kami
Kelaparan….
Kami tahu ya ALLAH
Tapi tapi leka…….
Kami ingin berjuang kerana MU
Tapi kami tewas dengan nafsu kami
Kami makan hujan nikmatMU
Kami kepanasan saat mengingatiMU
Mudah kami penat untuk mengamalkan islamMU
Mudah kami memperlekehkan pejuangMU
Mudah kami memboikot orang-orangMU
Kami rasakan kami moden
Kami kunokan mereka
Sedangkan ENGKAU memuliakan mereka

Will be continued…………….

MELAYU MUDAH LUPA

Sunday, March 14, 2010
Posted by pelita hati

salam terjah dari minda yg berblok

aduh....my pocket money is about to kering...viva lg, makan lagi....bla...bla....bla...YA ALLAH susah gler takde ptptn......hush...

pening gler dengan lifestyle yg macam skang ni....tekanan dari pelbagai arah.....

Thursday, March 11, 2010
Posted by pelita hati

kenapa aku perlu jumpa kamu dalam hidupku kawanku jika aku kehilangan mu....aku rindu tapi tersekat kerana fikrah

pegangan yg berbeza....
aku rindu...

kasih sayang....ikhlas.....
siksa....

kadang2 aku tertanya, kenapa kau perlu berjumpa dan rapat dengan kamu tapi akhirnya aku terpaksa menerima aku tak boleh nak hubungi kamu lansung kerana ini bukan perkara biasa....

kerana pegangan kamu dan ajaran yg berbeza...aku teringin melihat kamu semua...
akan aku lakukan juga tapi dari jauh...tanpa pengetahuan kamu semua kerana aku sangat rindu...kawan-kawanku...aku terseksa......ya ALLAH bantulah leraikannya dari hatiku....

Tuesday, March 9, 2010
Posted by pelita hati

selama ini ku tercari-cari
teman yg sejati buat menemani
perjuangan suci

Monday, March 8, 2010
Posted by pelita hati



salam celik dari selatan

alhamdulillah....

hidup sinonim dengan masalah
takde masalah abnormal
kadang2 kita yg bermasalah tapi heret orang lain
ditegur tak diterima
hei....aku tau ar ape aku buat

masalah...masalah...
datang tak bagi tau
kalau ko dapat pegi lagi bagus

tapi...orang alim@mukmin sejati selalu minta diuji
hidup ni macam air kopi,air sirap,air oren, air teh pun ada
kadang2 means nothing macam sky juice

masalah...masalah
biler nak settle
"takkan berubah satu kaum itu melainkan kaum itu yg mengubahnyer"

citer pasal nk berubah
bukan senang nak tanggalkan selimut tebal
nyaman, sedap, huh
NAFSU.....

Sunday, March 7, 2010
Posted by pelita hati



salam ziarah ilmu.........


semakin banyak aktiviti yg menarik di uitm johor ni..





once again i prefered : "couple"





lumrah menatang ni dalam hidup, datang dan confirm semua orang pernah ingin merasainya


hmm....daripada bahan bacaan...





:perang secara tenaga kita kalah, so kita perang dengan psikologi mereka


:saya melihat kekuatan mereka adalah kerana mereka sangat bergantung kepada ALLAH dan RASUL nya maka mari kita lemah dan rosakkan akidah mereka....





saya menyeru ramai kawan2 remaja baca buku2 yg memberitahu kita what the WORLD is...


apa yg terjadi pada nenek moyang kita dulu


apa yg penjajah dh buat dalam sistem islam


apa yg mereka putar belitkan dalam ekonomi kita


apa yg mereka baja dalam makanan kita


apa benang yg mereka guna sampai kita panas nak tutup tubuh


apa yg mereka ajar pada kita samapai kita lupa TUHAN kita





semakin kuat dan ramai konco2 ajaran sesat


yg sesat nyata kene ISA yg sesat sembunyi?


tak nampak, amalkan secara global, tak solat, tak puasa, islam dikunokan....


islam dipandang meremehkan....





nak kawin, kematian, baru nampak whooo i am a muslim...


entah lah takut juga terbalik kuang


dalam seusia 20an ni macam2 boleh jadi


nak rasa semua yg ada

Saturday, March 6, 2010
Posted by pelita hati

seteguh manapun rumah yang dibina pasti akan roboh....
Kalau kita bina rumah tapi kayu tak cukup, tak sempurna
kalau kita bina rumah takde strategi,tak jadi rumah...
kalau kita bina rumah tapi takde pekerja bantu, setahun baru siap separuh...
kalau rumah yang dibina bukan untuk kita, kita akan buat sesungguhnya...
kalau rumah tangga tanpa iman dan taqwa, hidup terabai huru hara
kalau rumah tangga yg dibina tanpa cahaya mata, macam hidup dalam penjara
kalau rumah tangga tanpa hilai ketawa macam hidup dalam gua
hmmm......kalau rumah tangga tanpa ketua, kelam kabut macam kapal nak karam
kalau suami kawin dua...rumah tangga porak peranda
kalau isteri main kayu tiga...tak pandai cover, tergadai pipi kene lempang, jatuh talak tiga
kalau suami pura2, isteri rasa takde ape2
kalau isteri yg berkuasa menjatuhkan talak....alamat ramailah duda-duda
talak jadi macam beli baju kat shopping compleks
telah suami berkuasa isteri makan hati
ulam jantung, lauk kari rasa pahit
air oren jadi asid
kalau anak jadi boss, habis tekikis semua harta
kalau perempuan, bergantung bergayut emas di sini sana
rambut hari2 tukar warna
kalau lelaki suka suki nak wat aper...
awek sini sane
kereta sport, baju mahal, suar satandard2....
hmmm.....
rumah sempurna?
cari kat semporna...
rumah tangga bahagia?
damba cinta ilahi
ALLAH tujuan HIDUP MATIKU.....

Monday, March 1, 2010
Posted by pelita hati

salam.........ape nak buat kalau kiter tension dengan orang suker hempas barang sehingga memeningkan kepala kiter? kiter dah cakap tp dia keras kepala rasa cam nak lempang.....


a: hempas barang juga


b: tampar jer


c: sabar jelah....hempaslah ape ya ng ko nak hempas


d: doakan tp dalam keadaan bengang ditambah lg dengan cuaca yang selalu panas.....membara....

e: redha....takde jalan penyelesaian sebab memang keturunan suka hempas barang.....















so...better aku jerit kuat2 tp kat bantal..........huhuhuuh

Sunday, February 28, 2010
Posted by pelita hati

Sangat susah mengejar erti kehidupan...
terjatuh dalam lumpur
aku bangun semula
ingatkan aku terjumpa air suci
lantas aku membasuh diri
rupanya air kopi
huhu....aku hitam....kelam
memang sedap air kopi diwaktu hujan
tapi diwaktu panas
betambah panas....

aku cari lagi....baru teringat aku pernah tesrempak dengan si air jernih
satu masa dulu...aku ingat dia tak mampu...
nampak lemah jer...
yelah...kosong....0
rupanya disebalik putih jernih itu
ada kesucian dan keindahan....

islam is the way of life..

terbangunku dari tidur yang panjang dan sedap......

nota kaki: hari ni aku baca buku,tidur,bosan.....lastly buka annual report 08 zecon...tak jadi osan sbb banyak lg keje...huhuhuh

Saturday, February 27, 2010
Posted by pelita hati


At the beginning of the week, the market rallied after profit-taking in the previous week. However, this was shortlived as the market dipped on Tuesday on another round of profit-taking. On Wednesday, however, the announcement of a better than expected fourth quarter economic growth of 4.5 per cent for 2009 provided a good background for investors to pursue the performing blue chips. The key-composite index closed the week flat at 1,270.78 on Thursday, although it was up 13.11 points compared with the previous Friday. The stock exchange was closed on Friday for Prophet Muhammad's birthday celebration.


The flat ending of FBM KLCI was due to its limited upside as it hit a high of 1,277.66. A local analyst expects the correction to come in around the second week of March. "The government is expected to announce some market boosting measures in the first week of March. The correction will come in after that," he said. He expects the Composite Index's upside to remain limited next week with resistance level at 1,280 and support level at 1,266. On a weekly basis, the Finance Index rose 130.01 points to 11,131.95, the Plantation Index surged 40.53 points to 6,317.64 and the Industrial Index decreased 23.74 points to 2,577.27.


The FBM Emas Index went up 106.33 points to 8,560.2, the FBM Top 100 rose 98.55 points to 8,327.57 and the FBM ACE Index gained 17.81 points to 4,345.09. The week's turnover increased to 2.78 billion shares valued at RM4.98 billion from 1.767 billion shares valued at RM3.175 billion end of the previous week. Volume on the Main Market also rose to 2.44 billion shares worth RM4.92 billion versus 1.475 billion shares worth RM3.103 billion before.


Call warrants jumped to 130.59 million units valued at RM18.83 million from 94.302 million units valued at RM13.626 million previously. The ACE Market volume however, slipped to 175.7 million shares worth RM39.16 million from 178.72 million shares worth RM46.585 million before. --Bernama



Posted by pelita hati


salam......sekarang ni same2 la kita sahut kata PM untuk kekal stabilkan ekonomi kita....untuk penetahuan sumer, barat sedang meninjau dan cube melabur share di asia..dan A...pula sedang memainkan peranan menarik dan melepaskan nilai matawang...so PM perkenalkan satu rawatan untuk ekonomi kita...kalau tak silap NEW ECONOMIC MODEl....it just for our malay future and khasnyer seluruh rakyat MALAYSIA supaya kita tak makan pasir....


Posted by pelita hati


Posted by pelita hati


pengalaman aku dari aku belajar erti dunia sampai ke hari...dunia ini banyak helahnya...ilmu adalah benteng segalanya....dunia tempat manusia berdagang sementara dan disini sarat ujian hampir putus nyawa.....


Thursday, February 25, 2010
Posted by pelita hati

semakin aku mencari
aku semakin terasa dijauhi

ku buka mata
terfikir hari semalam
pengalaman yang aku tempuh mencari cinta
cinta...
kerana aku....adalah
manusia yang mencari
kasih dan sayang...